10 Masalah Yang Sentiasa Dialami Team

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram

Masalah #1 – Kekurangan Modal 

Okay takpe, kalau kurang modal kita mula semula sebagaimana kita mula-mula sign up jadi agent dulu. Tak cukup modal jadi agent, jadi dropship dulu pun boleh. Takde masalah pun kan. Just do it. Lagi untung sebab kita dah pernah ada cust sebelum ni just share je kat diorang. 

Yang paling penting, bermula dari ini jangan guna dulu duit modal dan untung tu. Bagi kita naik jadi Super Agent dulu dan kemudian boleh mula ambil gaji kita. Dari situ kita akan berkembang. Dont touch your save money ok. Disiplin kan diri sendiri. Jika bukan kita yang jaga, siapa lagi nak bantu kita betul tak macm tu?

Masalah #2 – Duit niaga terguna

Seperti saya cakap di atas. Disiplinkan diri jangan guna dulu duit modal dan keuntungan kita tu sebab masih baru lagi dalam perniagaan. So kalau andai kata kita tak boleh nak disiplinkan diri, minta leader kita simpankan duit kita tu. Senang. 

Cukup sampai masa naik jadi pangkat besar sikit, baru kita mula ambil gaji kita. Baru best kan. Paling bestnya , gaji tu ikut suka hati kita je nak ambik berapa. Ikut formula yang UR ajar ya💪🏼🔥

Masalah #3 – Tiada anak team

Takpe sebab tula kita berniaga. Dengan berniaga je boleh bina team. Sebab dengan berjemaah ni baru senang kita berkembang kan. Okay sekarang anda kena senaraikan berapa orang yang anda nak agent dibawah anda. 

Contoh 10 orang dalam masa 5 bulan. Ok apa yang anda perlu lakukan adalah, anda WAJIB istiqamah share dalam media sosial tentang ilmu bagaimana seorang leader. 

Contoh : Seorang leader perlu ada mindset yang dia boleh berjaya macam orang lain. Leader adalah seorang yang wajib menjaga anak-anak di bawahnya. 

Bila anda share ilmu tentang seorang leader setiap hari, orang akan nampak anda adalah seorang leader yang sangat bagus dan membantu anak-anak team berjaya. 

Prospek akan nampak bagaimana diri kita untuk membantu mereka nanti kalau mereka join kita.

#Jangan lemau, jangan banyak bagi alasan. Just goooo on. Do it now🔥🔥💪🏼💪🏼

Masalah #4 – Tidak asingkan duit modal dan untung 

Ini lah pentingnya setiap bisnes kita kena ada rekod untung rugi. Duit keluar masuk, baki dalam bank ada berapa. 

Kita wajib cek dan tengok rekod sales kita setiap pagi dan petang. Pastikan ssm dan bank syarikat dah dibuat. Baru semangat akan berkobar-kobar insyaAllah.

Jika sales masuk hari tu, kita gembira kan. Jika sales takde hari itu jangan lemau tapi kita kena cari dan cari sampai setiap hari kita ada jualan. Ikut formula gaji kita yang UR dah share hari tu k.

#Just Do It Now

Masalah #5 – Susah nak dapat cust yang beli barang hari-hari tu pun kadang-kadang seminggu sekali.

Okay selain dari diri kita kena ubah mindset, setiap hari pastikan dulu kita dah betul-betul jaga solat di awal waktu , solat dhuha , baca Al Quran , banyakkan istighfar , bergantug dengan Allah , tutup aurat dan doa banyak-banyak dipermudahkan rezeki kita untuk membantu orang lain. 

So apa yang kita kena buat selepas semua tu dah di amalkan, kita kena bertindak. Setiap hari istiqamah share tentang ilmu. Contoh anda nak ada team kan? Share ilmu sebagai seorang leader. 

Share story cust kita yang pernah sakit macam ni selepas guna produk ni dia dah sihat. Banyak sangat nak dikongsikan. Takkan habis ilmu tu nak dikongsi.

Anda wajib buat tu setiap hari. Anda akan lihat result dia bulan depan insyaAllah. Orang yang bisnes kepala dia takkan pernah berhenti berfikir bagaimana nak bantu lebih ramai orang lagi. Dan dia teruskan tindakan sampailah ke tahap max.

#Tunjukkan result anda. Contoh pernah dapat rangking leader tertinggi. Baru prospek akan nampak bagaimana diri anda.

Masalah #6 – Masalah untuk promote di media sosial agak terbatas sebab ada anak kecil.

Takpe anda tetapkan masa setiap hari contohnya setiap hari jam 2 ptg anda buat live fb. Jadi waktu-waktu lain boleh jaga anak. Kita kena cekap dan bijak mengambil peluang. Jaga masa. Sekejap je nak share konten-konten kat media sosial. 5minit je.

 Cite tentang seorang leader. Anda kena ambil ilmu soeorang leader dan share. Jangan nak menunjukkan sangat anda nak menjual. Mula-mula takde orang tengok live kita takpe. 

Yang penting anda dah buat. Anda dah tunjukkan result. Prospek akan nampak anda jenis hebatla selalu share tentang ilmu leader. Maknanya anda seorang leader yang hebat lah. Confirmlah diorang nak duduk bawah anda.

So anda akan dapat 2 keuntungan. Menjual dan dapat team. Best ke best?

Masalah #7 – Tidak tahu cara berniaga di shopee 

Bila anda dah buat semua yang UR sebut diatas, baru kita belajar tentang bagaimana nak mula menjual di shopee. Dah ada 10 agent baru kita mula di shopee ya insyaAllah.

Tapi saya yakinlah, kalau anda dah buat macam di atas tu, confirm tak cari shopee dah😅💪🏼 

Masalah #8 – Tidak mahir untuk edit gambar dan buat video

Takpe anda tak perlu susah-susah nak edit semua. Ambil je gambar-gambar yang HQ dah sediakan tu video-video terbaik dah. Share je yang tu dulu. Untuk video tentang diri anda sendiri pun tak perlu nak edit. Rakam je macam biasa. Dan masuk tiktok dah siap. Mudah kan😅

Masalah #9 – Tidak mahir buat copywriting

Takpe buat masa sekarang anda tak perlu ayat-ayat power pun. Copy je ayat iklan Hq bagi. Atau anda copy dari page fb UR. Edit sikit letak no tel anda dan share. InsyaAllah bila anda dah mahir buat semua yang UR sebut di atas, UR akan ajar bagaimana nak buat ayat power ya

Masalah #10 – Tiada keyakinan nak buat live fb

Mula-mula anda kena mindset dulu

Aku kena berani. Aku kena tunjukkan diri sebagai leader yang hebat. Leader yang ada ilmu. Leader yang positif. Aku ada target. Ada impian dan bigwhy aku kena capai tahun ni. 

Bila anda set macam tu, anda akan lebih semangat dan anda pasti akan rempuh je segala rintangan dan kata-kata negatif yang takut tu. Kalau bukan anda yang buat semua tu siapa lagi yang nak dapat bantu diri anda. 

So mula-mula rakam video. Dan mulakan terus live fb. Kita semua akan support komen dan share. Lama-lama anda akan terbiasa. InsyaAllah.

#Point Penting

Mindset leader – Tambah Ilmu – Tengok Live orang lain – Tunjukkan result terbaik – Mulakan tindakan cepat – Doakan dapat lakukan yang terbaik

Share artikel ini pada team anda dan ikuti perkongsian saya seterusnya InsyaAllah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram