Ramai usahawan terlepas pandang betapa pentingnya ada website untuk bisnes yang dipromosikan.
TIGA sebab utama kenapa anda perlu membuat website
Nampak lebih professional dan lebih serius dengan bisnes
Bayangkan pesaing kita ada website tetapi kita tiada. Pelanggan lebih yakin dengan siapa? Malah dengan ada website, ia mewakili profil bisnes kita dan segala maklumat syarikat, bisnes, mahupun diri kita, ada dalam website.
2.“Google je” orang akan jumpa bisnes kita
Trend terkini menunjukkan ramai pengguna internet lebih suka mencari maklumat di atas talian, terutamanya melalui peranti mudah alih. Dengan itu, perniagaan atau perkhidmatan anda perlu berada di hujung jari mereka apabila mereka mencari di dalam sebarang enjin carian.
3.Salah satu platform paling selamat dan murah untuk promosi
Seperti mana saya tulis sebelum ini, ramai yang bergantung pada Facebook dan Instagram sebagai platform untuk mempromosikan produk dan servis.
Ingat, anda hanya menumpang dengan mereka. Apa akan jadi jika kerajaan ban media sosial atau platform itu sendiri yang ban anda. Ada kes sampai Facebook delete page pemilik tanpa sebarang amaran.
Kos iklan di Facebook dan Instagram pula semakin mahal saban tahun. Lagi satu, kalau Facebook ditutup macam mana? Website akan hanya tutup jika kita sendiri yang tidak berminat untuk teruskan. Ingat tak, Friendster? MySpace?
OK, itulah sebab-sebab utama pentingnya kita kena ada website. Kalau anda dah pandai buat website, sila buat sekarang. Mungkin anda hanya perlu keluarkan sedikit kos untuk domain dan hosting sahaja.
Kalau tidak, anda mungkin boleh mengupah orang untuk membuatnya, itupun kalau anda ada bajet.
Biasanya untuk mengupah seseorang untuk buat website paling kurang RM1500. Kalau nak buat website sendiri pula, kalau tak belajar mungkin anda akan menghadapi kesukaran dan akhirnya, berputus asa sahaja!